ATIEN INDUSTRIES

choose to be involved and contribute to the advancement of technology based on our knowledge, skills, experience and instinct. We hope to contribute to the growth of the chosen technology while we grow into a stronger and more competitive organization, and help create better individuals, InsyaAllah.

Karya Agung

 KARYA AGUNG’ ialah karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, budaya dan pemikiran luar biasa dalam tamadun atau tradisi sesuatu bangsa. Karya ini dianggap sebagai warisan bangsa yang mewakili minda dan pengalaman bersama bangsa itu sepanjang zaman, sebagaimana yang dipancarkan dalam sistem kepercayaan, falsafah hidup, tradisi ilmu, adat, bahasa, seni, pekerti budaya dan sosial yang membentuk citra identiti ketamadunan bangsa itu.

 
Sejak penubuhan Yayasan Karyawan, sebanyak 15 judul KARYA AGUNG berjaya diterbitkan termasuk 1 judul Buku Pengenalannya. Penerbitan KARYA AGUNG dilaksanakan secara teliti dan melalui penyelidikan oleh para sarjana yang berwibawa dan pakar dalam bidang pengkhususan masing-masing. Justeru itu, tidak dapat dinafikan penekanan terhadap aspek kualiti dalam menghasilkan KARYA AGUNG meninggalkan impak yang mendalam dalam karya tersebut.


Judul-judul dalam KARYA AGUNG yang terdiri daripada 16 naskhah adalah seperti berikut :

  1. Buku Pengenalan Karya Agung
  2. Sulalat al-Salatin
  3. Hikayat Hang Tuah
  4. Tuhfat Al-Nafis
  5. Hikayat Merong Mahawangsa
  6. Hikayat Raja Pasai
  7. Hikayat Acheh
  8. Pantun Melayu : Bingkisan Permata
  9. Syair Ken Tambuhan
  10. Undang-Undang Melaka dan Undang-undang Laut
  11. Hikayat Abdullah
  12. Cerita Penglipur Lara
  13. Bustan Al-Katibin
  14. Cerita Jenaka Melayu
  15. Hikayat Panji Jayeng Kusuma
  16. Hikayat Inderaputera
          KA

template joomla 1.7

Copyright © 2012 Atien Industries Sdn Bhd. All Rights Reserved.